Tuesday, November 2, 2010

Apa yg Wanita suka????

Wanita suka Lelaki yg JUJUR.. siapa yg suka ditipu kan, lebih2 lagi jika tentang hubungan.

Wanita suka Lelaki yg banyak MENGAMBIL BERAT tentangnya.

Wanita sukakan KEJUTAN yg menggembirakan hatinya. Contohnya setiap kali berjumpa si Lelaki akan membawa sesuatu untuk Wanita tersebut.

Wanita sukakan dirinya diPUJI walaupun dirinya melakukan KESILAPAN.

Wanita lebih suka jika si Lelaki TIDAK MENGUNGKIT perkara yg meMALUkan yg telah si Wanita itu lakukan seperti terpijak najis tadi.

Wanita suka diberi PERHATIAN, sebab itulah ada sesetengahnya tidak suka memakai tudung seperti yg di syariatkan oleh ALLAH S.W.T . Mereka yg sesetengahnya ini suka jika ada orang MEMANDANG serta MENYIUL kepada mereka.

Wanita ini memang kuat CEMBURU walaupun kadang2 kita ini sebagai Lelaki hanya bergurau dengan sepupu yg rapat atau yg sebaya dengan kita. ‘Even’ kalau kita berjumpa dengan kawannya sekalipun depan matanya. Sebenarnya sifat cemburu ini adalah sifat suami.

Wanita tidak suka mempunyai hubungan yg TIDAK SAH lama2.

Wanita sukakan dirinya diPUJUK dan sebab itulahlah dia MERAJUK.

Wanita tidak suka diPAKSA melakukan sesuatu yg tak disukainya. Melainkan dia sendiri yg hendak melakukannya.

Wanita tak suka diKONGKONG & diPERHATIkan.

Wanita tak suka kita menyatakan KELEMAHANnya. Sebagai contoh, dia tak tahu masak, tapi kita selalu mengatakan yang dia tak pandai masak, itu akan menyababkan mereka senang marah.

Wanita tidak suka meLUAHkan perasaan terhadap lelaki, tapi keadaan sekarang ni lebih kepada wanita yang patut meluahkan perasaan. Kalau tak, terlepas lelaki idamanya itu.

Monday, November 1, 2010

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Peringatan Buat Diri ana

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...