Tuesday, July 31, 2012

Re: Surat Hawa... dari adam...


Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. 
Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.
Engkau penghilang kesunyian hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.
Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku. 
Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...
Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, 
Hawa sesama Hawa bermusuhan kerana Adam.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya. 
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Hawa...
Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. 
Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku. 
Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. 
Aku sejak dahulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.
Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Hawa...
Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Tapi Hawa
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, 
kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku. 
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. 
Asalnya Allah mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. 
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatmu. 
Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. 
realitinya kini, 
Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.

Hawa... 
Mengapa kamu begini? 
Aku jadi guru kaupun menjadi guru. 
Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. 
Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat kaummu.
Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh buat semua perkara”. 
Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? 
Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?

Hawa…
Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. 
Kenapa? Mengapa begitu Hawa? 
Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustaz yang tidak pandai mengajar! 
Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak mahu dengar teguran, kepala angin. 
Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya dirimu, 
Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? 
Adakah engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadikan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?

Hawa...
Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan. 
Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. 
Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu. 
Kau dicipta nafsu sembilan, aku dicipta nafsu nan satu.
Akalmu satu, nafsumu sembilan. 
Aku...nafsuku satu akalku bercelaru jadinya! 

Dari itu Hawa...
genggamlah tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.
Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, 
perdengarkanlah kata-kata manis mu agar sejuk mataku. 
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.

Hawa…
andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. 
Malulah engkau Hawa, 
malulah engkau kepada diriku, 
semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..
Wallahu a'lam..

Friday, July 27, 2012

Biskut Raya 2012

                                                        Biskut Cornflakes yang sedap




SAIZ SEBENAR BISKUT CORNFLAKES: LEBIH KURANG SEBESAR DUIT 5O SEN.

Thursday, July 26, 2012

11 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang lain. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata:
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

Tuesday, July 24, 2012

Surat Hawa kepada Adam

Adam..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam…
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi...
aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun...
terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi..
realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya!
Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam…
kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau Tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wednesday, July 18, 2012

MyHEALTH

Laman portal kesihatan yang paling bagus untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui apa sahaja berkaitan penyakit atau simptom.

Selamat datang ke Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Boleh layari link di bawah ini untuk ke portal rasmi MyHEALTH
www.myhealth.gov.my

Dalam versi Bahasa Melayu dengan info2 yang sangat berguna dan bagus.

Monday, July 2, 2012

Waktu Pejabat Pos Alamanda Beroperasi

Kepada semua penduduk Putrajaya yang sibuk bekerja pada hari Isnin - Jumaat dan ingin berurusan dengan Pos Malaysia boleh berbuat demikian pada hari Sabtu dan Ahad.

*p/s: juga kepada pelanggan2 yg ingin berurusan menggunakan wang pos dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Pos Malaysia from Google
 Waktu Pejabat Pos Alamanda dibuka:

Isnin - Sabtu 10.00 am - 5.00 pm
Ahad            11.00 am - 3.00 pm


Segala urusan yang kita biasa buat di Pos dapat juga dibuat disitu.
Pejabat Pos Alamanda terletak berdekatan dengan Parkson.

Sumber dari depan pintu Pejabat Pos Alamanda tapi dengan bantuan pnms, klu nk tgk profile dia boleh la klik kat sini..Puteri Nazirah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...