Thursday, August 30, 2012

Notis Maaf

Tarikh: 18 Jun 2012
Masa: makan malam kot
Tempat: kat rumah je
Tema: Terharu
Pelakon2: paksu dan anak sedaranya

Notis Maaf
Pernah tengok surat macam ni di tampal kat pintu bilik anda? Haha x pernah kan. Ni la surat mohon maaf dari anak sedara yang dah wat salah dengan paksunya. Hehe. Dia ajak makan tapi paksu dia merajuk n tak nak makan sekali, jadi dia mohon maaf dengan menampal notis maaf ni di pintu bilik paksunya. Sesekali tengok gambar ni rasa sedih dan kesian la plak kat dia, tapi dia patut dapat layanan macam 2 sebab selalu tak dengar cakap orang tua.

*kepada sesiapa yang membuat salah dengan orang yg lebih tua darinya haruslah memohon maaf. (@_@)

5 Syawal

Tarikh: 5 Syawal 1433H @ 23/08/2012
Masa: Sepanjang hari
Tempat: Rumah dan Pasar Malam
Tema: Raya, Raya
Pelakon2: Ntah la, ramai jugak termasuk my uncle yg datang tido waktu raya ke2 2.

Pagi yang indah 2, biasa la. Lepas 2 sambung tido. tak banyak sangat aktiviti yang berjalan.
Cuma petang je pegi pasar malam seawal pukul 5pm sebab dah lapar and nak tengok ramai tak orang datang berniaga. Pastu masa 2 ada putu mayam je. beli jugak la 3 bungkus, nak beli murtabak tapi sampai RM3.50 sebijik walaupun berbaloi makannya tapi tetap mahal.hehe

Ni la putu mayam hijau or pandan yang dijual kat pasar malam tempat ak

Beli putu mayam 2 sebenarnya for my dad tuk makan petang. Tapi disebabkan ada my uncle datang rumah petang 2 dgn menantu dia, jamu la jugak putu 2. Tapi it still enough for my dad.hehe

Nothing interesting to tell in raya ke-5.

Pic from Google

Wednesday, August 29, 2012

Kad Raya 1433H

Tarikh: 20/8/12
Masa: N/A
Tempat: Not Important
Tema: Cinta & Kad Raya
Pelakon: Me, Princess N Kad Raya

Tak sangka betul tahun ni dapat jugak kad raya walaupun xde pun kawan2 nak bagi. Tahun lepas 1432H ak dapat jugak bagi kad raya kat kenalan rapat, dan berharap dapat balasan tapi harapanku hampa (-_-).

Tapi hampa sekejap je, sampai hari raya ke-2 lepas jumpa Princess dia bagi kad raya yang specially made for me. Hand made tau, cantik plak 2 n tebal. Lupa la plak nak amik gambar. Nanti try cari kat pakcik Google kot2 ada persamaan ke. susah la nk cari kat pakcik Google kalau x tau nama dia.

Tapi macam buku kanak2 tu, bila kita buka buku tu, akan timbul pagar, istana n yg seangkatan denganya.Tgok la nanti kot2 ada gambar. Masuk semalam dah dekat 15x ak baca kad raya 2.

Yeay, gambar dah ada..

Ni la muka depan kad raya 2. Cantik..
Ni muka surat pertama. Bunga 2. Macam mana la dia boleh wat bunga ni ye..
Ni la muka surat kedua. Ni maksudnya dalam hati ada taman.
Ni muka surat ketiga. Ni ketupat ape ntah la..macam ketupat sambung je..
Ni last page, I'm amazed how can she make this heart. Hati ni menunjukkan hatinya yg sedang bercahaya sebab Me hadir dalam hidupnya. So sweet.

Monday, August 27, 2012

4 Syawal 1433H

Tarikh: 4 Syawal 1433H @ 22/08/2012
Masa: Seharian
Tempat: Sekitar rumah n my uncle house
Tema: Perkahwinan dan Raya lagi
Pelakon2: Adik beradik & sedara mara

Nothing special la hari ni just ada kenduri dan ak sebagai sepupu yang bertanggungjawab harus ke rumah kenduri untuk menolong apa2 yang patut. Sampai je kat rumah pengantin, semua dah siap, elok la ak pegi pun dah dekat pukul 11am sbb nak bawak my mom n sis sekali. Orang perempuan ni mmg lama nak bersiap.hihi

Disebabkan dah sampai je semua dah siap, ak pun segan la nak makan dulu. my abang ajak makan pun ak tak makan sebab tengah sibuk lap meja dan kutip pinggan. Sampai la dekat pukul 1.30pm baru makan lepas my cousin yg sorang lagi ajak makan. Lauk pun sodap.

gulai dagingnya lebih kurang camni la

ikan kering masak asam lebih kurang camni la


ada lauk lain lagi, dah lupa la..

Lepas je makan, pengantin pun sampai. Diaorang makan dalam rumah. Ak pun dah pukul 2 pm ingat nak blah la balik. Tapi disebabkan my bro ajak g beraya di rumah Tok Chik, gpun ak x g beraya lagi kat rumah dia. Ak blah senyap2 je sebab kalau kecoh ramai anak sedara nak ikut, diaorang 2 memekak je kalau pegi rumah orang. Tinggal je kat rumah pengantin sebab ayah diaorang ada kat situ.

Balik je rumah Tok Chik 2, terus berehat kat rumah sambil teringat kat My Princess yang datang semalam. Petang 2 ak x pegi balik pun rumah my uncle 2, petang & malam xde pape yg interesting pun berlaku.

Pic from Google 

3 Syawal 1433H

Tarikh: 3 Syawal 1433H @ 21/08/2012
Masa: Sepanjang Hari
Tempat: Sekitar rumah dan My Uncle House
Tema: Hari Raya dan Kenduri
Pelakon2: Me and adik beradik, My uncle, My Princess and her cousin dan ramai lagi..

Pagi hari, macam biasa. Mandi memang ramai la, so mmg awal la ak mandi, rasanya sebelum 6.30am kot. nanti kena berebut bilik air kalau tak mandi awal. Ramai 2 disebabkan ada my uncle & family from KL datang menginap di rumah.

Makanan mmg byk la nak kena masak, air lagi. Last2 my uncle g kedai beli nasi lemak 30 bungkus.haha..yg mak ak pun mesti la masak jugak, bihun goreng. ak sebagai tukang kacau & macam biasa la, bancuh air.

My uncle 2 dah nk balik, so diaorang siap2 pagi 2 jugak nak balik KL. Lepas je diaorang balik, terkenang peristiwa semalam yg so sweet. (^_^)

Mmg x pergi rumah spe pun hr ni. Dalam pukul 9.30am gerak ke rumah my uncle yg dekat je, dalam 8 minit sampai rumah dia kalau nek keta. Sebab besok anak dia merangkap my sepupu akan berkahwin, diaorang dah bernikah dulu, so besok just Walimatul Urus jela, nak kabo kat org yg diaorang dah kawen.
Lebih kurang macam ni la khemah nya.

Sampai je rmh my uncle, lepak dulu..sebab khemah kenduri x sampai lagi. Lepas sejam bru sampai n pasang terus. Ak terus blah awal sebab My Princess & her cousin nak dtg beraya kat rumah. Sampai je kat rumah, mak suh g kedai beli sayur..Padahal My Princess dah dekat nak sampai dah, lagi 10-15 minit je nak sampai.

Dah selesai beli sayur, My Princess pun sampai. Memang tak sempat la nak salin baju ke, mandi ke. Sory ye Princess. Sampai plak waktu lunch & My mom xde kat rumah masa 2 sbb g rumah my uncle tolong kenduri. Tapi my sis sempat jugak masak sesuatu untuk dimakan. Mmg semua join la makan semeja. Kalau ak dah gelabah dah, but My Princess so cool dan of cos la kena basuh pinggan di dapur, nasib baik pinggan dia je, kalau tak memang melambak la kat sink 2.hehe

Selesai makan, nak tunjuk map balik ke rumahnya melalui jalan dalam (bukan highway), tapi katanya nak balik ikut kuale, jadi tak la tunjuk jalan dalam tu.

Selamat Jalan My Princess..

Pic from Google 


2 Syawal 1433H

Tarikh: 2 Syawal 1433H @ 20/08/2012
Masa: Seharian
Tempat: Kampung, di atas jalan raya, Ipoh
Tema: Hari Raya Kedua..
Pelakon2: Me, My Family, Princess and Her Family

Pagi raya..
Bangun, siap, makan, packing kueh tuk Princess and Her Family pastu sebelum bertolak 2 ada plak sedara datang, bayangkan pakai baju batik Medan yg agak menonjol 2 nak kuar rumah. Orang siap tanya lagi nak pegi mana..My Sis berseloroh, kata ak nk pegi Meeting..Betul jugak meeting dalam BM pegi berjumpa kan.

Bergerak dari rumah pukul dalam pukul 10.30am kot. Nek keta Viva milik My Sis. Pegi ikut Highway Changkat Jering. Ingatkan tak jam sangat raya kedua, pastu ingat nak isi minyak kat hentian je sepanjang perjalanan ke Ipoh 2. Memang banyak stesen minyak sepanjang jalan ke Ipoh dari Changkat Jering. Kat Hentian Bukit Gantang, Hentian Sungai Perak & rasa ada sebijik lagi, tapi tak ingat.hehe



Keluar je Simpang Pulai, tengok map dari Google, map 2 betul..tapi yg ak datang sebelum ni salah sebab tak tengok betul2. Sampai je rumah Princess and Her Family, berdebar-debar, siap stop kejap dekat pokok simpang rumah dan sms Princess kata 30saat lagi nak sampai.

Sampai dah pukul 12.30pm kot. Masuk je pagar rumah, disambut oleh Princess. Masuk rumah jumpa dengan Princess's Family. Makan memang banyak la, dari biskut raya, Mee goreng, nasi impit, kuah kacang, rendang sampai la Zohor.

Masuk je Zohor terus g ke Surau dengan Princess's Father. Siap pinjam kopiah and selipar Princess's Father lagi. hehe. Balik je surau, ada plak Princess's Uncle datang. Ingatkan dah xde sape nak datang rumahnya. Pastu ada plak diaorang nak hidang nasi. Makan la jugak nasi dengan asam pedas ikan Ara, Ikan Tilapia goreng, Kobis masak goreng kicap, Ulam dan Sambal.

Ikan Tilapia 2 sedap, x tau plak Princess and Her Family wat ratah ikan 2, mmg byk terhidang pun ikan 2. Ak pun amik sekor je, sbb kenyang sangat. Habis je makan ingat nak pegi rumah membe dekat2 situ jugak dengan My Princess. Masa 2 hujan dan dah pukul 2.45pm kot. So bertolak ke sana sambil menunggu membe dekat 2 balik rumah sbb dia pun tumpang kawan dia pegi beraya.

Ni la Baju Batik Medan tu. Baju ni sepasang tau, yg baju laki macam biasa, baju perempuan tangan kontot sikit.
Sampai je rumah dia, kami makan lagi nasi impit dengan kuah kacang dan rendang. Memang perut dah penuh, tapi makan jugak tuk amik hati tuan rumah. Tak sangka ayah kepada kawan kitorang 2 masih ingat nama ak, padahal pernah jumpa sekali je pun sebelum balik UMT.

lupe nak gtau dapat kad raya dari Princess, nak tau lebih lanjut klik sini http://tinyurl.com/8ojrlcq

1 Syawal 1433H

Tarikh: 1 Syawal 1433H @ 19/08/2012
Masa: Seharian
Tempat: Sekitar kawasan rumah, Sungai Tinggi and Kelubung
Tema: Hari Raya, Maaf bermaafan dan ziarah menziarahi
Pelakon2: Sangat ramai..

Pagi Raya, macam biasa..Mandi sunat hari raya, siap lawa2, tolong mak kat dapur, pakat cari butang baju melayu, salam bersalaman, bagi duit raya, makan sarapan seperti rendang, lemang, bihun sup, pergi Solat Hari Raya, dengar khutbah Hari Raya.

Selepas selesai semua tu. Bancuh air tuk tetamu datang, bancuh dalam bekas besar terus, senang..
ni ha bekasnya. Sape nak air, pegi isi sendiri..hehe

Ni la bekas air yg digunakan oleh me tuk bancuh air raya. Pic from Google


So setelah abang ak pegi cari ais, siap la air yang ak bancuh tadi. Taruk kat ruang tamu, gelas mmg banyak la guna, anak sedara ak yg duk mengulang minum air 2 dah berapa liter.

Tetamu dah datang ke rumah, yang 1st datang my uncle belah ayah..balik je sembahyang..terus datang..my bro datang amik gambar..tapi ak lupa nak amik kat dia..

Pastu datang lagi my cousin, my uncle belah mak, sepupu..adik beradik belah mak n ayah..sampai la pukul 12.30 tengahari..takde orang datang dah. Ak pon baring kejap sambil teringat kat membe2 sekampung, jadi ak pun hantar mesej n diorang ajak jumpe kat rumah kawan kat Kelubung. Elok je siap2 nak keluar, terus ada sedara datang. Ak pun hidang2 kejap terus passing kat my sis supaya handle. Dia kata ok n ak terus blah.

Sampai je Kelubung, jumpe membe2 n sempat la bertukar-tukar cerita semasa masing2. Ada yang dah keja setahun, ada yg nak kawen, ada yg dh berjaya, ada yg jadi cikgu.

Sembang2 sambil lepak2 x sedar jam dah dekat pukul 3pm. Last singgah rumah membe dekat2 situ jugak. Sambil tgk cite Magika. Pastu 3.30pm blah ke rumah, solat, baring kejap.

Pastu dah xde orang datang n sampai la malam..ak pun x pegi mana dah..

Tuesday, August 7, 2012

Suami Hebat, Suami Penyabar


Suami penyabar bukan sahaja menaikkan nilai wibawanya di hati isteri bahkan di pandangan Allah SWT jua.

Rasulullah SAW Mencontohkan Sifat Sabar Terhadap Isteri

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata,

“Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami. Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda sendiri.”

Umar Mencontohi Kesabaran Rasulullah SAW Terhadap Leteran Isteri
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”

Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Friday, August 3, 2012

Me, Princess & Princess's Mom

Tarikh: 2/8/2012
Masa: Around 1.45-2.30pm
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya dan sekitar
Tema: Cinta & Kasih Sayang
Pelakon-pelakon: Me, Princess & Princess's Mom

Di suatu tengahari yang agak tidak panas, Me sampai ke Masjid Putra, Putrajaya untuk bersembahyang Zohor dalam pukul 1.45pm. Selesai solat, mesej Princess bertanya mereka berdua ada di mana, rupanya mereka sudahpun berada di hadapan pintu masuk utama Masjid. Me dengan berdebar-debar berjumpa dengan Princess's Mom.
Setelah bertemu dengannya, mulut ni seolah-olah lancar je bercakap. Alhamdulillah. Selesai bertanya itu dan ini dan menjawab beberapa soalan. Princess's Mom memberi 'green light' "20 minit je tau". It ok to me even 20 minutes.
Me & Princess pun menuju ke kereta Princess untuk memindahkan biskut raya yang dihantar untuk dijual di kawasan Putrajaya. So sempat la Me & Princess berpusing 1 pusingan kat Bulatan Putra 2. Selesai memunggahkan barang ke kereta Me. Alhamdulillah dapat parking kereta Princess yang dekat dengan kereta Me. So banyak la Me dapat hadiah dari Princess ni. Tima Kasih ya untuk hadiah2 yang diberi ye. I will appreciate it.
Gambar sekadar hiasan
Couple Heart & Arrow Metal Magnetic Keychain & Keyring
Gambar sekadar hiasan

Me just risaukan Princess's Mom yang janji 20 minit je..haha. Jadi Me pun tak suka la Princess's Mom tunggu lama2. Setelah 20 minit or kurang la Me, Princess & Princess's Mom pun bertemu kembali di hadapan Masjid dan bersembang sedikit mengenai jalan & lain2.
Setelah selesai semuanya. Me pun mengajak Princess & Princess's Mom mengekori Me untuk ke PLUS. Setelah semuanya selesai, Me pun mengucapkan selamat jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...