Friday, October 19, 2012

Ulangtahun Setahun Ak Keje

Tarikh : 19 oct 2012
Masa : Sepanjang Tahun
Tempat : N/A
Tema : Nasihat dan sedikit kecewa
Pelakon2 : Kerja, ak & dia (hehe)


Wah hari ni genap setahun ak keje kat sini. Masuk 19 oct 2011 sampai la hr ni. Banyak jugak penglaman yg ak dapat sepnjang berada di sini. Ak dah tau bagaimana keadaan seorang yg bekerja dengan zaman belajar dulu. Zaman belajar dulu rasa punya la payah belajar ni. Last sekali bila dah kerja ni baru la rasa lagi susah zaman kerja ni. Tapi biasa la bila kita ada kat tempat 2, mesti kita x akan dengar nasihat dari orang yg pernah melalui zaman2 tersebut. Hmmm.. paham ke idak??

Klu x paham meh den bg contoh sikit ye..

H bukan nama sebenar sedang belajar di U, dan ada seorang Ustaz menasihatinya bahawa kita kena bersyukur bila berada di zaman belajar ni sebab masih kurang tanggungjawab dan banyak masa terluang. Ustaz ni pun nasihatilah pelajar2nya supaya banyakkan membaca Al-Quran di zaman belajar ni sebab di masa kerja mungkin tiada banyak masa terluang & mungkin dah banyak tanggungjawab e.g sudah berumahtangga & mempunyai anak-anak. Ok citer untuk contoh ni dah tamat.

Sambung yg atas tadi, nak dijadikan cerita sepanjang ak kerja kat sini, bantak jugak persoalan yang orang ingin ajukan kepada ak. Antaranya ialah:-

1. “awak x cari kerja lain ke?”

2. “awak ada apa?diploma?”

3. “awak dah kawen ke belum?”

4. “awak dah ada awek ke belum?” soalan ni paling x blh blah..

5. “awak tunggu sape? Isteri?” ni soalan masa ak tunggu kat moto..

6. “awak ni duk kat bahagian mana?” biasanya soalan ni ditanya bila ada kat surau.

7. “awak dah bape tahun kerja kat sini?”

Jawapan untuk soalan diatas:-

1. “ saya ada mintak merata-rata ,tapi semua x nak panggil saya”

2. “saya ada degree” nak je dalam hati cakap erm degree sy x laku kat sini.

3. “saya belum kawen, tapi InsyaAllah akan kawen tahun depan”

4. “ish matron ni, mesti la ada” pastu gelak kuat2.

5. “erm 2 bukan isteri saya, tu kakak saya”

6. “saya di Bahagian Kejururawatan, aras 3”

7. “saya dah lama dah masuk sini, bulan 10 tahun lepas lagi” pastu orang 2 jawab “erm macam baru nampak je”

Soalan yang pertama tu je ak nak gtau sebenarnya..

Ak pernah mintak kerja kat IPTA or IPTS (UUM, UiTM Perlis, UKM, USM, UPM, KIST, KUIS, UNITEN)
Sekadar Hiasan

Kat badan berkanun (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Malaysia Palm Oil Board (MPOB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), FELCRA, Lembaga Getah Malaysai (LGM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), MARDI & banyak lagi la yg ak dah lupa.)

Kat majlis Perbandaran (Majlis Perbandaran Selayang, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), & klu ada lagi akan ditambah kemudian.)

Kat Kerajaan, walaupun sambilan macam sekarang, ak tetap pohon (Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, pernah jugak dapat exam untuk Pegawai Tadbir & Diplomatik kat Sekolah apa tah kat Kajang tu, even kat Kementerian Kesihatan pun ada jugak cuma di bahagian lain.)

Kat swasta pun pernah (Echo Broadband, PERODUA, Bank Islam, Agro Bank, pastu aqua ape tah, company dia terlibat dengan pembangunan wilayah ekonomi koridor utara, Sime Darby, MydinMart & ada lagi 2 rasanya, cuma dah lupa.)

Yang panggil interview pun just Echo Broadband, KKM dan Felcra je. Ak pun pernah pergi ke acara2 yang dikatakan ada jawatan kosong, tapi macam hampeh je. Kata je ada walk in interview tapi bila dah pergi pakai baju interview, apa pun xde. Yg ada hari 2 pun Felcra 2 je.

Orang yg susah cari kerja je tau betapa susahnya nak dapatkan kerja ni. Walaubagaimanapun, ak berjaya wat simpanan selama bekerja di sini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada My Sis and family yg sudi menumpangkan ak di rumah dia.

Bila dah kerja ni teringin plak nak sambung belajar, Teringin plak nak amik Master, ada plak Master ape tah, yuran pun murah, pastu belajar je no reserach. 2 tahun je.Tapi yg 2 biar la dulu, nak bg tumpuan untuk mendirikan rumah tangga dulu la. InsyaAllah lepas mendirikan rumah tangga, akan sambung jugak sampai la PHD. InsyaAllah. 

Pic from Google

Thursday, October 11, 2012

Haram memakai wangian???

Tarikh : N/A
Masa : N/A
Tempat : Dimana2
Tema : Nasihat & Peringatan
Pelakon2 : Wanita & wangian


Pasti tertanya-tanya haram ke memakai wangian??xpe, baca dulu..

Seorang wanita melintasi sebuah gerai makan dimana ada beberapa orang lelaki yang sedang menjamu selera di gerai tersebut.

Lelaki A: Pergh..wanginya.
Lelaki B: Ye la, wangi betul.
(semua lelaki yang berada berdekatan memandang wanita yang telahpun berlalu dari gerai makan tersebut)

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai wanita tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan mereka semua.

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Sekadar Hiasan
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:

“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:

“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:

“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.
 

Wednesday, October 10, 2012

Awan tak selalunya indah, langit tak selalu cerah

Tarikh : N/A
Masa : N/A
Tempat : N/A
Tema : Keampunan, Nasihat & etc
Pelakon2 : Insan



Awan tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. 
Begitulah insan diibaratkan. (Lagu Hijjaz)

Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Manusia ini tidak lari dari salah paham,
Manusia ini tidak lari dari fitrahnya,

Setiap manusia yang melakukan kesilapan handaklah bermohon keampunan, seperti dalam firman ALLAH SWT yg bermaksud:

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)” (Al-Hijr 49-50)

“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” ( Nuh : 10)

Kehidupan sebagai suami isteri diibaratkan seperti menaiki bahtera or kapal yang berada di lautan. Seseorang harus menjadi pengemudi dan seorang lagi hendaklah menjadi penolong kepada pengemudi itu. Jika keadaan itu diteruskan barulah bahtera or kapal itu akan stabil walaupun ribut datang melanda. 

Seperti dalam lagu Allahyarham P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Siapalah aku nak menasihati pasangan suami isteri yang bertelingkah or mungkin hanya salah paham, sedangkan aku belum pun mendirikan rumah tangga. Tapi aku belum pernah menasihati pasangan2 suami isteri, Cuma aku sendiri yang merasakan aku tidak pantas untuk menasihati mereka disebabkan aku belum berkahwin (pengalaman tiada).

Aku merasakan jika aku menasihati mereka, mungkin mereka akan berkata “Hmm, ko tak kawen lagi, boleh la cakap, tengok la nanti kalau ko dah kawen.” Nauzubillah, aku nak menasihati mereka, mereka pula mendoakan hubungan aku dengan “isteri” menjadi dingin seperti hubungan mereka. 

Sesungguhnya aku juga hanya insan yang melakukan kesilapan tapi seinginnya aku tidak mahu hubungan sebagai pasangan suami isteri dilanda ombak badai, cukuplah hanya angin sepoi2 bahasa yang melanda. Aku cuba mengikuti ajaran Islam yang banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai seorang umat, hamba, anak, suami, isteri, emak, ayah, datuk, nenek, cucu dan macam2 lagi gelaran yang kita sudah dapat ataupun bakal dapat sepanjang kehidupan di dunia. 

Bak kata orang putih “back to basic”. Muslim basic is in religion (ISLAM), in Islam we have Al-Quran and As-Sunnah.

Wassalam, tegurlah jika tersalah tulis..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...