this blog created for me to write anything that i want to write. You can get input from my blog because it have advices, love story, jokes and etc. Make sure all of you will always boycott israel & follow my blog.
Friday, November 11, 2011
Tarikh 11.11.11
Kalau mengikut hari jumaat banyak berkatnya. tapi kalau 11.11.11 ni tak tahu la plak apa keistimewaannya. Tahun lepas 10.10.10 jatuh pada hari Ahad.
Hot fm sekarang sedang menydangkan lagu - lagu perkahwinan.aku pon x paham la.
Bagi aku 11.11.11 tandanya batu nisan. ada 3 pasang batu nisan yang membawa maksud 3 kubur.
Tapi yang pasti ada juga yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Ada juga kelahiran baru yang disambut. Ada juga kematian seseorang yang diratapi. Ada juga perpisahan yang dikenangi. Ada juga pertemuan pertama seseorang. Ada juga orang menyambutnya dengan melakukan perkara sumbang. Kalau tak percaya lihatlah nanti bulan Ogos
Tuesday, November 8, 2011
Kes PEMBUANGAN / PEMBUNUHAN bayi Di Malaysia
Statistik 73 kes yang mati / hidup:
44 kes bayi mati/meninggal
29 kes bayi hidup
Statistik mengikut jantina:
26 bayi lelaki
30 bayi perempuan
17 tak dapat dikenalpasti sebab reput
Statistik mengikut negeri:
Selangor -20 kes
Johor -12 kes
Sabah -12 kes
KL -9 kes
Perak -7 kes
Dalam Tempoh 5 tahun sebanyak 571 kes dicatatkan
318 daripada 571 telah mati/meninggal, manakala selebihnya iaitu sebanyak 253 masih hidup.
Bilangan kes pembuangan / pembunuhan bayi mengikut tahun:
2010 - 91 kes
2009 - 79 kes
2008 - 102 kes
2007 - 76 kes
dan kalau mengikut jumlah 571 kes dalam 5 tahun maka setelah ditolak dengan 348 kes pada 2010 - 2007 menjadi 223 kes iaitu kemungkinan pada tahun 2006 sebanyak 223 kes pembuangan bayi telah dicatatkan di Malaysia.
"... namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak." - Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman-
-sumber dipetik dari BH online 8/11/11 dari penulis Wan Faizal Ismayatim-
Kalaulah kita (Malaysia) menjalankan hukum ALLAH yang telah ditetapkan oleh ALLAH sendiri, InsyaALLAH (dengan Izin Allah) perkara ini tidak akan berlaku seteruk ni atau tidak berlaku langsung.
Saturday, April 2, 2011
Dr Noordin Darus: Aura pengaruhi aktiviti mental, fizikal
Aura atau tenaga boleh meningkat atau menurun, selain dipengaruhi faktor luaran dan dalaman yang kompleks
DALAM rencana sebelum ini, saya ada menyentuh mengenai Terapi MiFiRo atau Terapi Minda, Fizikal dan Rohaniah. Memang sudah terbukti bahawa sentuhan fizikal saja tidak memadai sebagai terapi. Maksud fizikal di sini ialah ubat-ubatan, suntikan, kemoterapi dan lain lain.
Semua pesakit yang datang berjumpa saya yang pernah menjalani terapi fizikal menunjukkan proses penyembuhan yang terlalu pasif atau lambat jika minda dan rohani mereka tidak menyokong untuk mencapai sesuatu yang disangka mustahil.
Apabila kita bercakap mengenai tenaga minda dan rohani, ada beberapa unsur yang berkait rapat yang boleh mempengaruhi fizikal, minda dan rohani seseorang itu. Pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai aura.
Apa itu aura?
Aura adalah warna diri. Secara ringkas aura adalah warna yang memancar dari diri kita. Ada yang menyebutnya sebagai “Noor” kita atau “Chi” kita atau “Tenaga Ilahi” kita. Warna ini adalah hasil daripada ungkapan dan rangkuman keadaan diri kita dan ada pelbagai jenis kualiti yang berbeza daripada sifat fizikal, emosional dan spiritual yang ada pada diri kita.
Kualiti yang berkaitan keadaan fizikal, emosional dan spiritual ini tidak terbentuk secara tiba-tiba, tetapi adalah pembentukan dari masa lampau (“Siapa Kita”) dan masa sekarang (“Mengapa Kita”) dan boleh kita agak untuk masa yang akan datang. (“Harus Bagaimana Kita”)
Aura adalah tenaga
Tanpa adanya tenaga, kehidupan kita di dunia ini akan terhenti. Aura juga adalah kekuatan tenaga yang membentuk dan memberi sifat pada kita. Dengan tenaga yang dimiliki, kita boleh melakukan aktiviti fizikal dan mental. Tenaga ini boleh meningkat atau menurun dan dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang kompleks.
Semua aktiviti mental kita sangat erat hubungannya dengan adanya kegiatan gelombang elektromagnetik yang memancar dari diri kita. Dari sudut perubatan pula teknologi penggunaan EEG (ElectroEncephalogram) menunjukkan bahawa aktiviti mental kita dapat secara efektif dianalisis dan dipantau oleh prinsip gelombang elektromagnetik itu, yang mampu diterjemahkan dalam bentuk grafik gelombang yang menunjukkan aktiviti dan keadaan tertentu otak kita yang mengendalikan semua kegiatan mental dan fisiologi.
Warna dan tenaga? Aura adalah warna dan tenaga? Mana yang betul? Kedua-duanya tidak bertentangan tetapi adalah satu kesatuan yang tidak terpisah. Maksudnya dengan ringkas:
Aktiviti mental (mental) Arus elektrik Pencaran bidang gelombang elektromagnetik (warna)
Warna aura adalah penampakan luaran dari aktiviti dan keadaan mental yang memancar dari diri kita. Aktiviti kita memerlukan tenaga. Setiap kegiatan yang memerlukan tenaga dalam tubuh kita akan membabitkan juga adanya arus elektrik. Arus ini memancarkan bidang elektromagnetik yang akhirnya nampak dalam pancaran warna aura.
Sekarang untuk melihat pancaran ini sudah ada teknologi yang disebut “Bio Feedback Camera”. Warna aura kita boleh diambil dan dirakam oleh kamera ini yang kemudian diberi penjelasan sifat-sifatnya melalui komputer.
further view dnd@worldwellness.com.my
