Harapan seorang lelaki menikahi gadis pilihannya telah membawanya ke liang lahad. Sebelum kejadian ini berlaku, lelaki terbabit melawat rumah tunangnya itu untuk memberitahu keluarga bakal mentua dia tentang kedatangan rombongan untuk menetukan tarikh pernikahan pada minggu hadapan. Sebelum pulang lelaki tersebut sempat mengatakan sesuatu kepada tunangnya..
Zailan: Sy harap kalau terjadi apa2 pada sy, awak jangan la bersedih.
Wati : Kenapa awak cakap macam tu??? Awak menyadihkan sy jer..
Zailan: Mana la tau kan, malang tak berbau..
Wati: Tapi awak janji yg awak takkan tinggalkan sy kan..
Zailan: Sy janji kalau tiada yg menghalang sy untuk meninggalkan awak, sy takkan tinggalkan awak.
Wati : Awak ni kenapa?? Kenapa wat sy sedih?? (muka seakan menangis)
Zailan: Tu la sy harap awak tak sedih sangat, ok..
Nanti sy sampai rumah sy telefon awak k..
Wati : Tapi..(dengan wajah yg masam)
Zailan: Tapi apa? Jangan risau la, tak lama lagi kan kita akan jadi suami isteri yg sah. (sambil zailan tersenyum kepada si wati)
Wati : Takde pape la(senyum kembali kepada Zailan)
Zailan: Sy pergi dulu ye awak, kirim salam buat mak & abah.
Wati : Insyaallah, selamat jalan & hati-hati ye...(sambil melambai tangan kepada bakal suaminya)
Walaupun berat hati untuk Wati melepaskan Zailan pulang, tetapi apakan daya. Mereka tak boleh bersama selagi belum bernikah.
Masa terus berlalu, Wati menunggu panggilan telefon dari Zailan yg berjanji akan menelefonnya.
Kata pepatah malang tidak berbau, Zailan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yg dinaikinya terlanggar kereta di hadapan yg berhenti mengejut secara tiba-tiba. Jadi Wati yg tak dapat melelapkan mata cuba menghubungi Zailan yg cuba mengetahui dimana dia berada. Tetapi malangnya panggilan itu tak dijawab oleh Zailan. Setelah Wati cuba menghubungi Zailan berkali-kali terus terdetik dihatinya bahawa apa yg dikatakan bakal suaminya sebelum petang tadi mempunyai makna. Maka dgn hati yg resah Wati beristigfar seketika & cuba menenangkan hati serta menghapuskan perasaan buruk sangka terhadap apa yg berlaku. Wati pun tertidur dan terbangun disebabkan deringan telefon bimbitnya. Tertera di telefonnya nama bakal suaminya iaitu Zailan. Dengan gembira dia menjawab telefon tersebut.
Telefon Zailan: Assalamualaikum, ni Wati ke?
Wati: (dengan riak wajah yg terkejut wati menjawab salam) Waalaikumussalam, ye ni Wati bercakap. Ni siapa?
Telefon Zailan: Ni kak Syidah la, kak nak bagitahu tentang Zailan. Harap kamu bersabar ye...
Wati: (dengan segera Wati menyampuk sebelum habis ayat kak Syidah) Kenapa dgn Zailan?? Apa yg terjadi kepadanya?? Dia ok kan??
Kak Syidah: Sabar ye Wati, Zailan terbabit dengan kemalangan dan telah meninggal dunia.
Wati: (Menangis teresak-esak sampai tak terkata)
Kak Syidah: Sabarlah Wati, ini semua kehendak tuhan serta ketentuan yg tak dapat ditolak oleh kita sebagai manusia biasa.
Perbualan itu terhenti apabila Wati memutuskan talian. Sambil menangis Wati berkata sendirian
Wati: Kenapa Zailan tinggalkan aku??
Mak & abah Wati terbangun kerana tangisan Wati yg semakin kuat. Setelah disoal berkali-kali apa yg berlaku barulah Wati memberitahu mereka. Cepat-cepat mak & abahnya bersiap untuk ke Hospital dimana mayat Zailan dibedah siasat. Sambil di dalam kereta abahnya menasihati Wati supaya bersabar atas ketentuan Ilahi.
Bapak Wati: Siapa pun tak mengetahui ajal masing2 akan sampai. Jadi Wati jgn la salahkan Tuhan atau diri sendiri kerana jika dia tak pulang hari ni pun mungkin dia akan mati disini. Tidak tercepat atau terlambat walaupun sesaat sesuatu kematian itu. Hidup mesti diteruskan nak, jgn la menangis lagi. Jangan ratapi kematian Zailan dgn tangisan kerana yg pergi tak akan kembali ke dunia lagi. Kematian juga adalah ingatan kepada manusia yg masih hidup, kita pergi ni pun untuk memberikan penghormatan yg terakhir kepada si mati sebab walaupun Zailan sudah meninggal dunia tetapi auratnya serta maruahnya masih harus dijaga. Ini ujian dari tuhan untuk Wati, jadi harap Wati tabah menghadapinya. Abah serta Mak kamu ini masih ada di sisi kamu. Sabar ye nak..
No comments:
Post a Comment