Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat yang bersejarah ini, kami menadah tangan pengharapan memohon ehsan dan rahmatMU agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada insan yg kami raikan, insan yang akan berpisah dengan kami. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Namun kami juga sedar bahawa perpisahan ini ada hikmahnya dan ketentuan ditentukan olehMU.
Ya ALLAH, kurniakanlah ganjaran & syafaat & keredhoanMU di atas jasa2 baik beliau yg telah dicurahkan kepada kami di Bahagian Kejururawatan dan seluruh warga KKM.
Ya Allah ya tuhan kami, kami mohon padamu iman yg sempurna, hati yg khusyuk, lidah yg selalu berzikir kpdMU. Pimpinlah kami ya ALLAH ke jalan yg Engkau redhai, semoga kami dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab & Ikhlas dalam segala urusan. Ya ALLAH Ya Rahman, Permudahkanlah & berkatilah segala urusan kami dalam majlis perpisahan ini.
Ya Allah Ya Rahim, perbaikilah hubungan antara kami & mesrakanlah di antara hati2 kami & tunjukkanlah kami jalan yg selamat & hindarkanlah kami dari segala kekejian samada yg lahir atau tersembunyi.
-Doa sempena perpisahan kepada pegawai kejururawatan di bahagian kejururawatan 18/11/2011-
No comments:
Post a Comment