Monday, May 21, 2012

Penghayatan Bulan Rejab

Rejab ertinya "mulia". Bulan Rejab bulan mulia, dinamakan demikian kerana bangsa Arab dahulunya sangat memuliakan bulan ini.

Dalam bulan Rejab ni ada berlaku peristiwa penting iaitu bulan dimana berlakunya Israk & Mikraj Rasulullah SAW dimana Nabi Muhammad SAW menerima perintah lansung dari Allah SWT tentang solat lima waktu.


Ibadah yg diunjurkan dilakukan pada bulan Rejab

1. Membaca Doa Awal Rejab

Sangat mustajab berdoa pada waktu malam pertama bulan Rejab, doanya seperti berikut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmerwWJjiGruQ8SnuvilSPauotYoQsY9nXiFfYa5CFIL2QoSyjHN5T_GYDRUKwKMZ1KmZF8N80KC-VUzS-VsAlNrW3C_5TD-ASNBWhFMMBbOGVsTVmY1-A4Lbh8KqPZl1JuhoHWzqFY08/s320/Doa+Bulan+Rejab.jpg

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)


Ertinya: "Wahai ALLAH! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"

2. Mengejakan Puasa Sunat Rejab

"Di dalam syurga ada sebuah sungai yg dinamai Rejab. Ertinya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan, lebih dingin dari salji. Orang yg berpuasa pada bulan Rejab akan diberi ALLAH minuman air sungai itu."    
(Riwayat: Baihaqi)

"Di dalam syurga itu ada sebuah istana megah untuk orang2 yg berpuasa pada bulan Rejab."     
(Riwayat: Tabrani)

Berkata Abu Bakar Siddiq: "Selepas sepertiga malam jumaat pertama dari bulan Rejab, malaikat penghuni langit berhimpun dalam Kaabah.
ALLAH SWT berfirman kepada mereka: "Wahai para malaikat, mintalah apa sahaja yg kamu kehendaki!"
Para malaikat menjawab: "Kami memohon wahai Tuhan, ampunilah dosa orang yg mengerjakan puasa pada bulan Rejab."
ALLAH SWT berfirman: " Sesungguhnya sudah Aku ampunkan dosa mereka."

Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda:
"Semua orang lapar pada hari kiamat, kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka dan orang-orang yg berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mereka itu kenyang, tiada lapar dan tiada haus.
(Riwayat: Aisyah)

3. Melaksanakan Solat Sunat Rejab

Solat sunat Rejab itu dilakukan pada malam hari selepas mengerjakan solat Isyak atau ketika mengerjakan Qiamulail diikuti dengan berpuasa pada pagi esok paginya. Dalam sebuah hadis dari Salman dijelaskan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Bagi mereka yg mendirikan solat sunat Rejab 30 rakaat dalam bulan Rejab, InsyaAllah akan dihapuskan dosanya yg lalu dan diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun."

Niatnya: "Sengaja aku mengerjakana solat sunat Rejab dua rakaat kerana ALLAH Taala."

banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan dalam bulan Rejab yg mendapat pahala sunat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...