Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini
untuk marah tatkala membaca teguranmu.
Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah
berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.
Engkau penghilang kesunyian
hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.
Aku kenal benar bengkokmu kerana
engkau adalah dariku.
Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu
kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.
Hawa...
Maha hebat Allah dalam
penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika
bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi
rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu,
Hawa sesama Hawa
bermusuhan kerana Adam.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya.
Pun jika begitu maka
tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam
beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu
waktu.
Hawa...
Bukan kerana ramai isteri
yang menyusahkanku.
Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku.
Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dahulu
lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.
Namun, terasa berat pula untukku
menyatakan isi perkara...
Hawa...
Kau juga pasti tahu bahawa
al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau
diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga
aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku &
Tuhanmu.
Tapi Hawa,
nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaummu kini,
kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku.
Ramai yang
telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki kamu
tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatmu.
Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh
tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi..
realitinya kini,
Hawa...kau
telah lebih dari sepatutnya.
Hawa...
Mengapa kamu begini?
Aku
jadi guru kaupun menjadi guru.
Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing
lengan sama-sama keperbatasan.
Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat
kaummu.
Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi
katamu ”kau boleh buat semua perkara”.
Kenapakah kau sekarang tidak lagi
seperti dulu?
Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?
Hawa…
Aku tidak pernah marah mahupun
sakit hati andainya aku yang dipersalahkan.
Kenapa? Mengapa begitu Hawa?
Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustaz
yang tidak pandai mengajar!
Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong
tidak mahu dengar teguran, kepala angin.
Pada hemat diriku yang lemah ini,
Hawa, seharusnya kau tanya dirimu,
Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti
ketaatan Khadijah kepada Rasulullah?
Adakah engkau Hawa melayan aku sama
seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan
perilakumu Hawa boleh dijadikan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?
Hawa...
Aku sedar diriku imam dan
engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan.
Jika kau
taat, maka mudahlah urusanku.
Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu.
Kau dicipta nafsu sembilan, aku dicipta nafsu nan satu.
Akalmu satu, nafsumu sembilan.
Aku...nafsuku satu akalku bercelaru jadinya!
Dari itu Hawa...
genggamlah
tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas
genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.
Taatilah daku untuk memudahkan aku
memimpinmu,
perdengarkanlah kata-kata manis mu agar sejuk mataku.
Tiuplah roh
jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.
Hawa…
andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah.
andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah.
Malulah engkau Hawa,
malulah engkau kepada diriku,
semalulah engkau pada dirimu
sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment