Tarikh : N/A
Masa : N/A
Tempat : N/A
Tema : Keampunan, Nasihat & etc
Pelakon2 : Insan
Masa : N/A
Tempat : N/A
Tema : Keampunan, Nasihat & etc
Pelakon2 : Insan
Awan tak selalunya indah, langit tak selalu
cerah.
Begitulah insan diibaratkan. (Lagu Hijjaz)
Manusia ini tidak lari dari melakukan
kesilapan,
Manusia ini tidak lari dari salah paham,
Manusia ini tidak lari dari fitrahnya,
Setiap manusia yang melakukan kesilapan handaklah
bermohon keampunan, seperti dalam firman ALLAH SWT yg bermaksud:
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana
kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang
telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya
dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku
mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan
sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak
menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan
sepenuh bumi pula.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Sesungguhnya Allah menerima taubat
seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (Hadis
Riwayat Tarmizi)
“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal
soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi
mereka yang tetap dalam kederhakaan)” (Al-Hijr 49-50)
“Mohonlah ampun kepada
Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” ( Nuh : 10)
Kehidupan sebagai suami isteri diibaratkan
seperti menaiki bahtera or kapal yang berada di lautan. Seseorang harus menjadi
pengemudi dan seorang lagi hendaklah menjadi penolong kepada pengemudi itu.
Jika keadaan itu diteruskan barulah bahtera or kapal itu akan stabil walaupun
ribut datang melanda.
Seperti dalam lagu Allahyarham P.Ramlee,
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Siapalah aku nak
menasihati pasangan suami isteri yang bertelingkah or mungkin hanya salah
paham, sedangkan aku belum pun mendirikan rumah tangga. Tapi aku belum pernah
menasihati pasangan2 suami isteri, Cuma aku sendiri yang merasakan aku tidak
pantas untuk menasihati mereka disebabkan aku belum berkahwin (pengalaman
tiada).
Aku merasakan jika aku menasihati mereka,
mungkin mereka akan berkata “Hmm, ko tak kawen lagi, boleh la cakap, tengok la
nanti kalau ko dah kawen.” Nauzubillah, aku nak menasihati mereka, mereka pula
mendoakan hubungan aku dengan “isteri” menjadi dingin seperti hubungan mereka.
Sesungguhnya aku juga hanya insan yang
melakukan kesilapan tapi seinginnya aku tidak mahu hubungan sebagai pasangan
suami isteri dilanda ombak badai, cukuplah hanya angin sepoi2 bahasa yang melanda.
Aku cuba mengikuti ajaran Islam yang banyak memberi pengajaran kepada kita
sebagai seorang umat, hamba, anak, suami, isteri, emak, ayah, datuk, nenek,
cucu dan macam2 lagi gelaran yang kita sudah dapat ataupun bakal dapat
sepanjang kehidupan di dunia.
Bak kata orang putih “back to basic”. Muslim basic
is in religion (ISLAM), in Islam we have Al-Quran and As-Sunnah.
Wassalam, tegurlah jika tersalah tulis..
1 comment:
doakan semoga pasangan suami isteri di dunia ini hidup bahagia hingga ke syurga..biarpun kita tak mengenali mereka...doakan saja...
Post a Comment