Thursday, April 26, 2012

Peminat Sukan Yang Paling Ramai Mati..


Disini adalah beberapa peristiwa kematian peminat- peminat bola sepak di seluruh dunia:

23 jun 1968 – Buenos Aires, Argentina: 74 peminat maut dan lebih 150 cedera apabila penonton meluru kea rah pihak pintu keluar stadium yang ditutup setelah tamat perlawanan antara kelab River Plate dan Boca Juniors.
River Plate
Boca Juniors
7 Feb 1974 – Mesir : 49 orang terbunuh dan 50 lagi cedera setelah penonton cuba memasuki stadium Zamalek yang menyebabkan sebuah dinding runtuh
Stadium Zamalek
20 Oct 1982 – Moscow, Rusia: 340 orang maut ekoran rempuhan di tangga keluar stadium beberapa minit sebelum tamat perlawanan piala eropah antara Spartak Moscow dan Haarlem.

29 Mei 1985 – Brussels, Belgium: 39 peminat maut apabila sebuah dinding runtuh ekoran pertengkaran antara peminat Liverpool dan Juventus ketika perlawanan akhir piala Eropah di stadium Heysel, lebih 400 penonton cedera.
 
Antara Gambar Di Stadium Heysel Sumber http://sultanofsnow.wordpress.com



















12 Mac 1988 – Kathmandu, Nepal: Sekurang-kurangnya 93 orang terbunuh dan lebih 100 cedera apabila peminat cuba melarikan diri daripada hujan batu dengan meluru ke arah pintu keluar stadium yang tertutup.

15 April 1989 – Sheffield, England: 96 orang terbunuh di Hillsborough ketika perlawanan separuh akhir FA antara Liverpool dan Nottingham Forest setelah Polis membuka salah satu daripada pagar utama stadium menyebabkan ramai peminat meluru masuk.

16 Oktober 1996 - Guatemala City: 84 orang maut dan kira-kira 150 yang lain cedera dalam rempuhan di stadium sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia.

16 Jun 1996 - Lusaka, Zambia: 9 peminat bola sepak mati dan 78 yang lain cedera semasa rempuhan.

6 April 1997 - Lagos, Nigeria: 5 peminat mati dan hancur dan lebih daripada 12 orang cedera apabila ramai orang ingin keluar dari stadium dan mendapati pintunya terkunci yang menyebabkan mereka panik.

23 April 2000 - Monrovia, Liberia: 3 orang mati dan lain-lainnya cedera akibat beribu-ribu peminat bersesak-sesak masuk ke dalam stadium yang telah sesak.

9 Julai 2000 - Harare, Zimbabwe: 13 peminat mati selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peminat yang dianggarkan seramai 50,000 yang semakin tidak terkawal.

29 April 2001 - Lubumbashi, Congo: 7 orang mati dan hancur dalam rempuhan selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai tidak terkawal.

11 April 2001 - Johannesburg, Afrika Selatan: 43 orang peminat terbunuh dan 155 cedera disebabkan cuba menolak masuk ke dalam stadium yang padat.

9 May 2001 - Ghana: 127 orang terbunuh dan ramai antaranya hancur disebabkan oleh rempuhan peminat yang mahu lari dari gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Polis Anti Rusuhan. Perlawanan bola sepak antara  Hearts of Oak and Asante Kotoko di Stadium Sukan Accra. Lima minit sebelum akhir permainan, Asante Kotoko kalah 2-1 menyebabkan peminat marah dan mula mengoyak kerusi dari tempat duduk penonton dan melontar ke padang.
11 Oktober 2004 - Lome, Togo: 4 orang terbunuh dan 8 lagi cedera dalam rempuhan di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Togo dan Mali. Satu gangguan kuasa telah menyebabkan lampu tertutup dan menyebabkan peminat panik untuk keluar.

3 Jun 2007 - Lusaka, Zambia: 12 peminat mati hancur disebabkan orang ramai yang bergegas dari luar stadium selepas kemenangan dalam kelayakan Piala Afrika Zambia terhadap Republik Congo.
 
30 Mac 2009 – Abijdan, Ivory Coast: Seramai 22 orang maut setelah sebuah dinding stadium runtuh ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia antara tuan rumah Ivory Coast dan Malawi di Stadium Houphomet – Boigny.
 
2 Feb 2012 – Kaherah, Mesir: 74 maut di Stadium Port Said setelah 13,000 penyokong Al-Masry masuk ke padang memanjat pagar dan menyerang kira-kira 1,200 penyokong Al-Ahly yang kalah 1-3 dengan Al-Masry. 
Antara Pemain Yang Melarikan Diri Dari Padang sumber africareview.com

sumber lain pembacaan:
wikipedia
www.accidentsplanet.com 
kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...