Saturday, April 21, 2012

Tanggal 20 April 2012

Semalam tanggal 20 April 2012 adalah tarikh hari lahir ayah ak yg ke 73 tahun. Ak langsung tak wish pape, even tahun-tahun lepas pun ak tak wish. Bukan ak tak nak ucap, tapi disebabkan umurnya yg dah menjangkau lebih 70 tahun tu yg ak tak nak wish. Ak takut kehilangannya walaupun 1 hari nanti apa yg datang dalam hidup kita akan pergi jua. Ak juga takut mengingatkan tentang umur. Dia selalu mengingatkan ak yg semua datuk-datuk ak x hidup lama, around 60 dah diseru Ilahi.

Kita mengucapkan selamat hari lahir kepada seseorang disebabkan sambutan tahun kelahirannya. Kita juga mengucapkan selamat menjadi lebih tua kepada seseorang secara tersurat. Kita juga mengucapkan kubur kata mari, rumah kata pergi juga secara tersurat.

Disebakan itu lah ak tak mengucapkan pape kat ayah ak. Mintak maaf ye ayah kalau anak mu yg seorang ni tak ucap pape semalam. Tapi dari kejauhan ak sentiasa mahukan ayah sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan aman dari segala masalah anak-anak.

Terima kasih kepada ayah dan mak kerana membesarkanku dengan jayanya. Terima kasih kerana menyayangiku selama ini. Sesungguhnya ak tak mampu nak membalas segala jasa, pengorbanan dan perit lelah menjaga dan membesarkan ak selama ini. Jadi ak hanya mampu berikan apa yg termampu untuk sedikit kemudahan dan kesenangan mereka.

Sayangi la ayah dan mak anda jika mereka masih ada. Jangan jadi anak derhaka, mungkin dulu waktu kecik2 dulu kita banyak tak dengar larangan mereka, mungkin sekarang kta dah sedar yg mereka melarang kita dulu disebabkan ada kebaikan. Thank again dad and mom. Love my dad n my mom.

Semoga ayah dan mak sentiasa sihat, berada dalam keredhoanNYA, sentiasa dirahmatiNYA, sentiasa ceria dan lawak, semoga masih kuat dalam menjalankan ibadah kepada ALLAH SWT dan jangan asyik memikirkan masalah anak-anak dan cucu-cucu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...