Thursday, June 21, 2012

Doa Selamat Tuk Pembedahan

Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

Semoga dengan rahmat itu ,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami,
restuilah perancangan kami,
bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan
kesejahteraan.
Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.

Ya Allah , Ya Tuhan kami yang Maha Mendengar,
Kau berilah kekuatan dan keselamatan kepada Pn. Afsah Binti Ramli yang akan menjalani pembedahan. Semoga pembedahannya berjalan lancar dan mendapat kesihatan yang baik selepas pembedahan.

Wednesday, June 20, 2012

Syaaban

Syaaban ertinya "berserak-serak". Bulan Syaaban dinamakan demikian kerana pada bulan ini masyarakat Arab pada masa dahulu berserak-serak pergi ke lembah2 mencari air, kerana pada bulan Syaaban ini biasanya mereka kekurangan air.
Dalam kata lain, Bulan Syaaban ini terdapat banyak kebajikan yg harus direbut oleh umat islam.



Ibadah yg diunjurkan pada bulan Syaaban

1. Keutamaan berpuasa pada bulan Syaaban
          Aisyah r.a berkata: "Tidaklah pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak dari bulan Syaaban (Kecuali bulan Ramadhan) kerana sesungguhnya Baginda telah berpuasa sebulan penuh di mana baginda telah bersabda:
"Lakukanlah amalan apa yg mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yg berasa jemu"           (Hadis Riwayat Bukhari)

Zaid berkata: "Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ya Rasulullah aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Syaaban di dalam lain2 bulan kecuali bulan Ramadhan."
Rasulullah SAW bersabda:
"Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu bulan antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan dimana segla amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa."          (Riwayat: Ahmad)

2. Dan semestinya berzikir dan berdoa

3 Sebab Kenapa Orang Bercinta Perlu Kahwin Cepat!

Jangan bercinta jika anda tidak mahu akhirinya dengan perkahwinan. Ada orang seperti tidak tahu kenapa mereka bercinta. Mereka habiskan masa seharian bersama – sama, tetapi penghujungnya adalah tidak pasti. Percintaan tanpa ada perancangan akhir hanya akan memberi kesakitan pada akhirnya berbanding kebahagiaan. Perkahwinan adalah perkara yang penting. Jadi, cintailah seseorang yang anda rasa akan jadi pasangan anda kelak.

Berikut adalah 3 sebab kenapa anda perlu cepat – cepat berkahwin selepas menemui pasangan yang sesuai.

Sebab pertama; Anda akan lebih bahagia
Adanya ikatan yang sah akan mengurangkan risiko hubungan anda berdua dari di ganggu anasir yang tidak baik. Anda juga lebih bahagia kerana bebas untuk bergerak ke mana – mana sahaja yang anda suka. Hubungan seks juga boleh di lakukan secara sah dan anda boleh memiliki keluarga yang sah tanpa ada kerisauan di dalam hati.

Sebab kedua; Dugaan kurang
Orang yang bercinta selalunya akan ada banyak dugaan yang pelik – pelik. Contohnya jika anda bergaduh akan perkara kecil, hubungan anda berdua mungkin akan terus terputus kerana tiadanya ikatan yang sah antara anda berdua. Sebab itu ramai yang bercinta terlalu lama, akhirnya berkahwin dengan orang lain.

Sebab ketiga; Boleh fokus beribadah dan kejar impian
Apabila anda berkahwin, masalah anda untuk fokus sudah hilang kerana si dia sudah sah jadi milik anda. Anda boleh beribadah dengan tenang dan anda juga bebas untuk mengejar impian anda.

http://persediaanperkahwinan.com

Tuesday, June 19, 2012

Belanjawan Perkahwinan =>

Berikut ialah 4 Tips berguna yg boleh digunakan semasa proses membuat belanjawan perkahwinan:


Letakkan sasaran bajet atau perbelanjaan yg anda mampu tanggung

Sasaran ini penting untuk anda tahu dan tetapkan awal2 agar perbelanjaan perkahwinan tidak melebihi sasaran atau bajet yg telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda. Fikirkan berapakah jumlah kewangan atau perbelanjaan yg perlu anda tanggung bagi melansungkan perkahwinan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan diri dan elakkan daripada mengambil pinjaman peribadi secara berlebihan. Bersederhanalah dalam berbelanja kerana Islam juga menggalakkan kita sentiasa bersederhana dalam setiap perlakuan kita. InsyaAllah jika bajet ini dapat dituruti dan dikawal, masalah2 selepas perkahwinan seperti hutang keliling pinggang tidak akan berlaku yg boleh membawa mudarat jika ianya tidak dikawal.

Berbincang bersama pasangan

Perbincangan mengenai belanjawan perkahwinan perlu dilakukan bersama agar masing2 dapat memberi idea dan juga pendapat tentang kawalan perbelanjaan untuk perkahwinan. Pastikan bahawa hasil perbincangan tersebut mendapat kata sepakat dan dipersetujui bersama agar tiada perkara berbangkit berlaku selepas berkahwin. Perbincangan ini mamat mustahak untuk dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat menepati bajet yg telah ditetapkan dahulu.

Buat Senarai Keutamaan 

Jika anda mempunyai bajet atau kewangan yg terhad, seeloknya anda pastikan betul2 bahawa anda memperuntukkan bajet anda itu kepada perkara2 yg penting sahaja seperti tempat perkahwinan, makanan untuk tetamu, peralatan untuk kegunaan perkahwinan, makanan untuk tetamu, peralatan untuk kegunaan perkahwinan dan juga jemputan perkahwinan. Ini semua lebih penting jika dibandingkan dengan dekorasi tambahan untuk persandingan, jurugambar dari luar, muzik dan sebagainya. Buatlah pilihan yg tepat agar belanjawan perkahwinan anda tidak melebihi daripada yg sepatutnya.

Selidik dan Kaji perkhidmatan pembekal serta barang yg ditawarkan

Langkah ini perlu dilakukan sebelum anda membuat tempahan secara rasmi dengan pembekal atau penyediaan perkhidmatan untuk perkahwinan anda. Pastikan terlebih dahulu mutu perkhidmatan dan harga yg mereka tawarkan. Elakkan daripada membuat tempahan daripada pembekal yg mempunyai kualiti dan servis yg teruk. Anda boleh cuba bertanya kepada kenalan atau saudara anda yg berpengalaman agar memudahkan anda untuk memilih perkhidmatana yg terbaik. Dari segi harga yg ditawarkan pula, pastikan ianya masih dalam bajet yg telh anda tetapkan. Jikan pakej atau harga yg ditawarkan melebihi bajet anda, cuba atau ubah serba sedikit sesetengah perkara yg tidak penting agar bajet anda masih berada di landasan yg betul. Catat setiap perbelanjaan dan simpan segala resit yg berkaitan untuk memudahkan urusan di masa hadapan jika ada sesuatu yg meragukan dengan pembayaran yg telah anda lakukan. 

   

Taman Buaya Medan, Indonesia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...