Tuesday, September 18, 2012

Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat

Tarikh: 18/9/12 hari ni baru publish
Masa: Berguna sentiasa
Tempat: Dalam Malaysia
Tema: Pengajaran, Pembelajaran, Kasih Sayang, Khutbah Jumaat
Pelakon2: Orang2 di Malaysia

DALAM kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.

Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.
Pembuangan Bayi
Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Pergaulan Bebas

Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.
Hukuman Sebat
Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan, pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Jangan Hampiri Zina
Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.
Api Neraka adalah 70 kali kepanasan api Dunia

Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”.
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”. Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah: “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.
Nikah Connecting People
Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.
No Couple Before Nikah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.
Menikah
Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.
Mimbar Jumaat
Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak. Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya” (Riwayat Muslim). Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu. - Sumbangan JAKIM
JAKIM

Picture from Google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...