Soalan:
Rasanya artikel diambil dari BHarian kot.
Ada
suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia
telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang
anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor
lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor
lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah
pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki
tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan
sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya
bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya
jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin
kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita
ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL
Jawapan:
Keluarga Muslim, KL
Sekadar Hiasan: Kembar 4 |
Jawapan:
Pada diri wanita ada
ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh
lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan
kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan
fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat
Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu
berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki
campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun
kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita
muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain,
kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara
fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti
akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan
syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada
pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika
mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong
dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam
keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya
berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian
tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah
jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa
atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan
dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya
haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan
daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh
membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut
sekadar mengelakkan dari mati.
Sekadar Hiasan |
Begitu juga halnya dalam
masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab
masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita
ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang
ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan
pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau
bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya
sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan
bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di
negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan
pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah
ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut
memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka
ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita
yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin
selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek
psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil
dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif
dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang
selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran
ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran
inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain
suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis
rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa
dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat
membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal
ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap
pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap
hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi
seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan
terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi
bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita
yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita
tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk
melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan
bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh
yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan
seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor
wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang
lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya,
kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat),
sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari
sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh
pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan
profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Sekadar Hiasan |
Fahamilah tentang kaedah
batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim.
Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan
akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya
seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja
institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan
nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan
keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta
terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…
Wassalam.Rasanya artikel diambil dari BHarian kot.
No comments:
Post a Comment