Monday, September 24, 2012

Jagalah Maruahnya bukan Merosakkannya

Tarikh: 22/09/2012 (ditulis), 23/9/12 (diedit) & 24/9/12 (di publish)
Masa: Bila2 masa yg dirasakan berguna
Tempat: Di dunia fana ini
Tema: Kerana Sayang ku kepadamu
Pelakon2: Kaum Adam dan Hawa 

Perzinaan atau perbuatan suka sama suka yg merosakkan maruah seorang wanita tidak dapat diterima aqal yg sihat. Jika sayangkan seseorang kita tidak sepatutnya merosakkan maruah orang yg kita sayang tersebut. Menyerahkan tubuh kepada insan yg disayangi selain suami adalah suatu perkara bodoh. Penyerahan tubuh bukan la sesuatu yg patut dipanggil ‘bukti’ untuk menunjukkan kita menyayangi seseorang. Sebaliknya jika sayangkan seseorang janganlah kita berbuat sesuatu yg tidak baik kepadanya. 

Basuh kereta
Sebagai contoh, kita sangat sayangkan kereta kita, tentu saja kita tak mahu orang lain mencalarkannya (ini bukti kita sayangkan kereta), kita akan menjaga kereta kita dengan sangat baik. Kereta kita hanya boleh diparking di tempat yg redup or teduh (ini bukti kita sayangkan kereta). Kita akan mencuci kereta kita sekurang2nya seminggu sekali bagi yg sayangkan keretanya lah (Ini bukti kita sayangkan kereta kita). Kereta kita juga akan dikunci jika parking di kawasan yg tidak selamat (ini bukti kita sayangkan kereta kita). 

Jadi sebagai seorang insan yg menyayangi insan lain, kita seharusnya sebagai lelaki menyayangi wanita sebagai insan (yg bernyawa). Jika kereta dapat layanan sedemikian, inikan pula manusia yg ada jiwa dan perasaan yg harus diperlakukan dengan baik dan melebihi kereta yg kita sayang tadi.

Sayang kamu
Jadi kesimpulannya disini, sy sebagai insan biasa yg kadang2 alpa akan menjaga setiap orang yg saya sayang dengan baik. Jika dia bukan seorang yg halal buat sy, sy tidak akan melakukan perkara2 yg boleh merosakkan hubungan lebih2 lagi maruahnya dan keluarganya. Sy akan berusaha menjaga hubungan kami sehingga halal dan dia sah sy miliki =>

Ada lagi pesanan, kepada sesiapa yg terbaca blog ni diharapkan supaya tidaklah terjebak dengan perkara terkutuk ini. Sy harap semua insan dapat menjalani hidup dengan baik dan menjaga maruah masing2 dan orang tersayang. Maruah bukan hanya tertumpu disitu (I think u know it), maruah mempunyai maksud yg sangat luas seperti cinta.

*sebenarnya perasaan bersalah ku masih bersarang dalam hati ini. Jadi untuk kesekian kalinya, maaf..
Sorry

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...