Monday, November 14, 2011

Corot punca jenayah

Corot punca jenayah antara tajuk muka depan Berita Harian.

JKM dapati pengasingan pelajar bijak dan kurang pandai antara faktor pelajar kecewa.
KUALA LUMPUR: Pengasingan pelajar kurang bijak ke kelas tercorot dikenal pasti antara punca kanak-kanak berumur antara 10 hingga 18 tahun terbabit jenayah. Ini disebabkan faktor pengaruh negatif rakan sekelas yang boleh mewujudkan persekitaran tidak kondusif untuk pembangunan mental mereka.

JKM baru nak kenalpasti masalah ni. Memang rakan dan persekitaran memberi pengaruh besar kepada pembesaran mental pelajar.

Sebagai contoh:- Seorang pelajar A yang dapat markah tercorot pada tahun 2011 dan ingin melakukan perubahan pada tahun 2012. Disebabkan markah teruk pada 2011 menyebabkan pelajar A dapat kelas terakhir pada tahun 2012. Pelajar A mahu mengulangkaji pelajaran di dalam kelas tentu saja dia berasa malu disebabkan rakan-rakan lain tentu akan mengejeknya disebabkan perasaan cemburu mereka terhadap pelajar A yang ingin mengulangkaji itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...