Tuesday, December 18, 2012

Untung la..tapi Alhamdulillah

Tarikh : N/A
Masa : N/A
Tempat : tempat kerja
Tema : Untung dan Syukur
Pelakon2 : Z

Siapa yg tak mahu untung? semua orang mahu dapatkan keuntungan, tak kira dari segi apa pun. Jadi hari ni nak citer pasal orang2 yg dapat keuntungan.

Z

Ada seseorang, namanya Z. Keuntungannya dari segi kerja. Z ni mmg mudah dapat kerja. Kalau Z pergi ke temuduga mesti akan dapat kerja. Temuduga pertamanya, Z mendapat pekerjaan yg dipohon tersebut. Kemudian disebabkan jawatan yg diterimanya tidak tetap, Z pun mencuba mencari kerja baru dan setelah mendapat panggilan untuk ditemuduga, Z pun dapat kerja 2.

Setelah 2 minggu Z bekerja di tempat baru, Z mendapati tempat kerjanya yg baru itu, susah untuk melakukan solat. Jadi Z pun berhenti dan kembali ke kerja lamanya walaupun tak tetap.

Kemudian setelah setahun dua bekerja dan masih tidak mendapat tetap, Z pun masih mencari pekerjaan yg baru dan setelah mendapat panggilan temuduga, Z pun mendapat kerja itu sehingga orang lain yg datang untuk ditemuduga tidak mendapat peluang kerana Z telah mendapat kerja itu. Gaji di tempat itu juga lebih mahal berbanding tempat lamanya, walaupun tak tahu jawatan yg dipegangnya. It ok..im happy for Z.

Betapa beruntungnya sesetengah orang dan betapa tidak beruntungnya sesetengah yg lain. Apa pun bersyukur walaupun hidup ni kadang2 sukar & mencabar bagi sesetengah orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...