Tuesday, November 27, 2012

Kiraan Kadar Tol PLUS

Tarikh : n/a
Masa : n/a
Tempat : n/a
Tema : kiraan bajet perjalanan
Pelakon2 : PLUS, LLM

Rupanya kita boleh membuat pengiraan untuk pengiraan tol untuk merancang perjalanan yang jauh.

sebagai contohnya ak nak pergi Tangkak, Johor dari Putrajaya.

Nak pergi ke laman tu.. Sila Tekan SINI

Jadi setelah kita masuk dalam laman tu, kita pilih samada nak pilih lebuhraya apa. disebabkan ini sudah pilih PLUS jadi kita pilih la lebuhraya PLUS yg mana.

Jadi ak pilih
Lebuhraya: Lebuhraya Utara-Selatan
Seksyen : Juru - Skudai
Plaza Masuk : Putrajaya
Plaza Keluar : Tangkak

Lepas tu tekan papar laporan Untuk Plaza Masuk Putrajaya dan Keluar Tangkak

Akan keluar 1 laporan yg menunjukkan kadar tol (RM) mengikut kelas kenderaan
Kelas 1: RM 21.00
Kelas 2: RM 31.50
Kelas 3: RM 41.90
Kelas 4: RM 10.50
Kelas 5: RM 7.80

kalau tak salah ak,
Kelas 1 adalah untuk kereta
Kelas 2 untuk Van kot
Kelas 3 untuk ape tah, lori kot..hehe
Kelas 4 untuk Teksi
Kelas 5 untuk Bas rasanya


Monday, November 26, 2012

Mileage Calculator

Tarikh : n/a
Masa : n/a
Tempat : Petronas Dagangan
Tema : Memudahkan pengguna
Pelakon2 : n/a

Kepada sesiapa yg ingin membuat pengiraan penggunaan minyak untuk perjalanan. Walaupun program ni dah lama tapi ak baru je jumpe tuk membuat pengiraan pergi ke Johor.

Tekan Je Kat Sini

Tapi tempat yg hendak ditujui agak terhad. Jadi gunalah tempat yg berdekatan.
1. Tempat bertolak
2. Tempat ditujui
3. Masukkan cc kereta samada 1000cc, 1500cc or 2000cc, so agak2 jela klu cc tu 1.3 or 850cc.
4. Tekan SUBMIT

pastu dia kuar

Distance from Teluk Intan to K. Lumpur is 166 km.
Driving a 1000 cc vehicle at an average speed of 110 km/h, you will need an estimate of 13.28 liters of fuel.

So yang ni aku buat manual lepas tau berapa liter yg diperlukan.

13.28 x RM1.98/litres = RM25.50 

Tuesday, November 20, 2012

Gaza Menangis Lagi 2012

Tarikh : Sekitar Gaza Menangis Lagi
Masa : Setiap waktu
Tempat : Gaza, Palestin
Tema : Kesedihan, Jihad, Pembunuhan
Pelakon2 : Pejuang2 jihad, Kanak2, penduduk Palestin & Pembunuh Kejam (israel)

Minggu ni bermula la serangan dari israel setelah mendapat kebenaran dari AS @ Obama yg menyokong hak israel untuk mempertahankan negaranya (walaupun bukan negara dia pun)

Permulaan kejadian berlaku apabila pejuang Palestin melancarkan roket yang sampai di tel aviv. Buat kali pertama selepas 20 tahun.

israel bertindak balas dengan melancarkan lebih dari 2 roket atas kejadian yg hanya meletup di laut dan satu mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk israel.

israel juga mengerahkan anggota simpanannya seramai 75,000 dalam kemungkinan menawan Gaza.

Petanda semakin kukuh bahawa PM israel, Benjamin Netanyahu mahu melancarkan serangan di Gaza selepas tenteranya mengumumkan semua orang awam dilarang menggunakan lebuh raya menuju wilayah Palestin itu dan dua jalan raya di sempadannya.

Seramai 1.7 juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dilaporkan sebagai penjara terbesar dunia.

Kereta kebal dan senjata lain sudah dilihat di zon sempadan dengan 16,000 askar simpanan sudah bersiap sedia bertugas.

israel menamakan operasi mereka sebagai pillar of defence (operasi tunjang pertahanan) yg sudah 6 hari pada hari ini.

Sehingga kini :-
95 penduduk Gaza maut termasuk kanak2, wanita dan warga emas
80 lokasi di bom israel
850 roket dilancar Pejuang Palestin ke israel
1350 lokasi di Gaza diserang israel

Foto
Penduduk melihat kemusnahan rumah keluarga al-Dallu selepas jet Israel melancarkan peluru berpandu (Berita Harian)

Foto
Doktor memeriksa mayat empat kanak-kanak ahli keluarga al-Dallu, mangsa serangan Israel di Gaza. - Foto AP

Thursday, November 15, 2012

KP Kesihatan Kena Tangkap Khalwat

Tarikh : 14/11/12
Masa : 2.18am
Tempat : Hotel Pullman
Tema : Tangkap Khalwat
Pelakon2 : Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman dan Pn. Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan

Dipetik dari Kosmo dan Bharian

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, 56, yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
Mereka membayar denda itu.
Datuk Dr Hassan Abdul Rahman
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.
Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Hotel Pullman Putrajaya
Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.
Sekadar Hiasan
Apa la depa buat ni? Sebelum ni ak dengar khabar angin je malas la nak percaya. Tapi dah sampai kena tangkap ni mmg sah la percaya. walaupun masa kena tangkap 2 mungkin la dalam berpakaian elok, 2 pun selepas 5 minit diketuk pintu. Wat malu company je.Kalau ak tau, ak x bg seat ak kt dia 2. Ntah la dia 2 masih nk datang keja or x. Tapi lantaklah, kan bakal jadi Datin Seri gitu.

Berita asal Bharian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPKesihatandidendaRM3_00keranakhalwat/Article/

Berita asal Kosmo:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Friday, November 9, 2012

Ish..tak boleh tunggu Isnin ke

Tarikh : 9/11/12
Masa : Dekat2 najk habis waktu pejabat
Tempat : Pejabat
Tema : Stress
Pelakon2 : Ak & sesiapa saja yg terlibat

Tau la dah dekat2 waktu nak balik ni semua malas nak mulakan kerja baru. Tapi orang berlumba-lumba nak siapkan kerja yang sedia ada, So ak dengan tugas yg sedia ada dan dah nak balik ni..memang malas betul nak wat kerja baru tambah2 lagi kalau kerja 2 baru je bagi untuk bulan depan.

Nak mintak tolong membe, semua balik 4.30pm. Ak pun ingat nak wat kering je, tapi dia siap hantar org lagi tuk panggil ak siapkan kerja. So ak dengan berapi di hati terus g lakukan tugas 2. Muka mesti la kelat je..

Dah la datang balik pejabat awal hari ni, ingatkan boleh gayut kejap. Ntah la apa jadi kat dia. Sampai sekarang masih tiada khabar berita.

Urat stress pun dah naik. Kalau nak tau, urat stress 2 boleh nampak kat tapak tangan. urat dia warna biru, kalau nampak jelas maknanya anda sedang stress, klu tak nampak,mmg bagus. Urat 2 duduknya di sebelah kanan tapak tangan, kalau tapak tangan ak, 2.5 cm dari bahagian kanan untuk tangan kiri. Di bahagian tgh tapak tangan 2. 

Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah (Bunga Hati Mekar)

Tarikh : 6/11/12
Masa : 10.45am
Tempat : Di Kantor
Tema : Alhamdulillah
Pelakon2 : Ntah le..kena baca kot

Alhamdulillah sekarang hati dah kembali tenang. Mungkin sebab ak tak sunyi lagi. Tapi bukan nak citer pasal hati hr ni.

Hari ni nak citer pasal hari ni. Hari ni i got something from Perak. Datang je bro yg selalu hantar bungkusan Pos Laju tu, terus excited. Terus pegi bukak bungkusan Pos 2 n cari something for me. Bukak je bungkusan 2 terus geledah tapi x jumpe. Pastu keluarkan satu-satu sampai dekat nak habis sampul dalam bungkusan 2 pun masih x jumpa, terus kecewa tapi at last, ada jugak..bawah sekali..Wah masa 2 bunga hati terus mekar.

Dengan excited nya, terus mintak izin membe tolong cover my place. nak pegi tengok ape yg ada dalam sampul that specially for me kat secret place..hehe.
dengan selambenya, ak kata kat membe ak "10 minit ek".

So pergi la tmpt yg dikatakan secret 2, terus bukak & ada pesan sebelum bukak 2, kena baca Bismillah. So baca la n terus bukak perlahan2 supaya tidak rosak. Lepas bukak 2, terkejut sebab cantik sangat, cuma sikit je tulisan nya. Tapi x pe, i understand what she meant. =>

Dah selesai tengok sikit2 sebab balik rumah nanti baru boleh tgk puas2..hehe

Ok la citer dah selesai, sambil senyum..nak publish la..

Monday, November 5, 2012

Doa (~, _~,)

Tarikh :03/11/12
Masa :Malam hampir tengah malam
Tempat : Di Kamar
Tema : Doa (~, _~,)
Pelakon2 :  n/a


Ya Allah,
Inikah ujian yg harus aku tanggung untuk perjalanan menuju yg halal..
Aku sangat sakit berada dalam situasi ini Ya Allah..
Aku mohon ampun atas segala kesalahan yg telah ku lakukan kepadaMu..
Aku tak berdaya untuk berada dalam keadaan ini Ya Allah..
Aku hanya mampu berdoa supaya Kau mudahkanlah penghalalan aku dgn dia, semoga kami dapat bersama sehingga akhir hayat sebagai suami isteri..
Aku selalu pasrah tanpa redha..patutkah aku begitu???
Aku pun tidak pasti..
Ya Allah,
Kau berilah kekuatan hati kepadaku untuk harungi situasi ini..
Kau berilah kekuatan akal kepadaku untuk selalu berfikir waras..
Kau berilah kesihatan yg baik kepada dia dan keluarganya..
Kau mudahkanlah urusannya sehari-sehari Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah jika ini balasan untuk dosa2 yg pernah ku lakukan..

Ya Allah usah bebankan kami dengan bebanan yg berat, seperti yg pernah kau berikan kepada umat yg terdahulu dari kami,
Ya Allah usah pikulkan kami yg tidak kami terdaya, maafkan salah kesilapan ampunkanlah dosa2..Rahmatilah kami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...