Tuesday, November 20, 2012

Gaza Menangis Lagi 2012

Tarikh : Sekitar Gaza Menangis Lagi
Masa : Setiap waktu
Tempat : Gaza, Palestin
Tema : Kesedihan, Jihad, Pembunuhan
Pelakon2 : Pejuang2 jihad, Kanak2, penduduk Palestin & Pembunuh Kejam (israel)

Minggu ni bermula la serangan dari israel setelah mendapat kebenaran dari AS @ Obama yg menyokong hak israel untuk mempertahankan negaranya (walaupun bukan negara dia pun)

Permulaan kejadian berlaku apabila pejuang Palestin melancarkan roket yang sampai di tel aviv. Buat kali pertama selepas 20 tahun.

israel bertindak balas dengan melancarkan lebih dari 2 roket atas kejadian yg hanya meletup di laut dan satu mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk israel.

israel juga mengerahkan anggota simpanannya seramai 75,000 dalam kemungkinan menawan Gaza.

Petanda semakin kukuh bahawa PM israel, Benjamin Netanyahu mahu melancarkan serangan di Gaza selepas tenteranya mengumumkan semua orang awam dilarang menggunakan lebuh raya menuju wilayah Palestin itu dan dua jalan raya di sempadannya.

Seramai 1.7 juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dilaporkan sebagai penjara terbesar dunia.

Kereta kebal dan senjata lain sudah dilihat di zon sempadan dengan 16,000 askar simpanan sudah bersiap sedia bertugas.

israel menamakan operasi mereka sebagai pillar of defence (operasi tunjang pertahanan) yg sudah 6 hari pada hari ini.

Sehingga kini :-
95 penduduk Gaza maut termasuk kanak2, wanita dan warga emas
80 lokasi di bom israel
850 roket dilancar Pejuang Palestin ke israel
1350 lokasi di Gaza diserang israel

Foto
Penduduk melihat kemusnahan rumah keluarga al-Dallu selepas jet Israel melancarkan peluru berpandu (Berita Harian)

Foto
Doktor memeriksa mayat empat kanak-kanak ahli keluarga al-Dallu, mangsa serangan Israel di Gaza. - Foto AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...