Thursday, November 15, 2012

KP Kesihatan Kena Tangkap Khalwat

Tarikh : 14/11/12
Masa : 2.18am
Tempat : Hotel Pullman
Tema : Tangkap Khalwat
Pelakon2 : Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman dan Pn. Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan

Dipetik dari Kosmo dan Bharian

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, 56, yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
Mereka membayar denda itu.
Datuk Dr Hassan Abdul Rahman
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.
Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Hotel Pullman Putrajaya
Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.
Sekadar Hiasan
Apa la depa buat ni? Sebelum ni ak dengar khabar angin je malas la nak percaya. Tapi dah sampai kena tangkap ni mmg sah la percaya. walaupun masa kena tangkap 2 mungkin la dalam berpakaian elok, 2 pun selepas 5 minit diketuk pintu. Wat malu company je.Kalau ak tau, ak x bg seat ak kt dia 2. Ntah la dia 2 masih nk datang keja or x. Tapi lantaklah, kan bakal jadi Datin Seri gitu.

Berita asal Bharian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPKesihatandidendaRM3_00keranakhalwat/Article/

Berita asal Kosmo:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...