Tuesday, April 17, 2012

Berkahwin atau belajar?


Berkahwin atau belajar..Adakah anda mengalami situasi begini dalam hidup anda?? Jika Ya, Ikuti sedikit Info di bawah yg dipetik dari rancangan Semanis Kurma.


Berkahwin juga 1 perkara yg baik manakala belajar juga 1 perkara yang baik. Baginda Rasulullah SAW bersabda :-
“Antara 3 perkara yg jika terjadi harus kamu segerakan”. 
3 perkara itu ialah yg pertama: Solat haruslah disegerakan, 
yg kedua ialah menyegerakan uruskan jenazah dan 
yg terakhir ialah jika datang seorg lelaki yg baik budi pekertinya serta agamanya inginkan anak perempuan kamu, maka haruslah disegerakan.

Perkahwinan memerlukan seseorg itu memberi tanggungjawab yg lebih besar, dan jika mempunyai anak, tanggungjawab itu akan bertambah besar. 
Jadi 3 kunci yg patut ada sebelum mendirikan rumah tangga iaitu 
kunci pertama, kunci rumah (tempat tinggal), jika ingin berkahwin hendaklah mempunyai tempat tinggal, kunci kedua ialah kunci kereta or motosikal (kenderaan), kenderaan akan memudahkan perjalanan kita sepanjang bergelar suami isteri. 
Kunci ketiga ialah kunci pejabat (pekerjaan), mempunyai kerja dan gaji penting untuk kesinambungan dalam rumah tangga.


Sebuah pantun untuk dihayati;
Daging Unta disiat – siat,
Zaman bercinta jangan buat maksiat

Nabi Muhammad SAW bersabda, Wanita yg paling berkat ialah wanita yg berkahwin awal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...