Tarikh : N/A
Masa : N/A
Tempat : Dimana2
Tema : Nasihat & Peringatan
Pelakon2 : Wanita & wangian
Pasti tertanya-tanya haram ke memakai wangian??xpe, baca dulu..
Harus
Sunat
Makruh
Haram
Masa : N/A
Tempat : Dimana2
Tema : Nasihat & Peringatan
Pelakon2 : Wanita & wangian
Pasti tertanya-tanya haram ke memakai wangian??xpe, baca dulu..
Seorang wanita melintasi sebuah gerai makan
dimana ada beberapa orang lelaki yang sedang menjamu selera di gerai tersebut.
Lelaki A: Pergh..wanginya.
Lelaki B: Ye la, wangi betul.
(semua lelaki yang berada berdekatan memandang wanita
yang telahpun berlalu dari gerai makan tersebut)
Haruman daripada minyak wangi yang dipakai wanita
tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan
mereka semua.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak
wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita
itu.
Sekadar Hiasan |
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita
itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu
yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan
menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan
ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:
“Wahai anak-anak
Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan
pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui
batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum
lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya
terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan
perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur,
ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai
minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.
Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai
wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan
suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai
wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita
(isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa
kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan
hati suaminya.
Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di
rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan
juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga
digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang.
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki
ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian
wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum
melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri
Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak
berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah
seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka
dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi
s.a.w tidak melarang)” (Riwayat
Ahmad dan Abu Daud)
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah
makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab
puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan
alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai
wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat
ijmak.
“Seorang wanita yang
memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah
perempuan zina” (Abu Dawud,
Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan
yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima
solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian
tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu
Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah
bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau
wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah,
apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah
s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid
sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu
berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita
yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah
demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat
Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah
bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah
dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di
hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.
No comments:
Post a Comment