Tuesday, May 15, 2012

Tak Kawen..Kecian Betul..Tapi it serius matter

Sekitar 2.5 juta rakyat berusia lebih 25 tahun yang mewakili 16.7 % penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.

Senator Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) berkata :-
berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 daripada jumlah itu (2.5 juta), 60.4 % (1.51 juta) adalah lelaki.

“Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama (First Marriage) bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada 2000
manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun,”
katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Senator Heng berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara mendapati 32.1 % daripada responden tidak pernah berkahwin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu (jumlah responden) 55.6 % adalah lelaki.

Responden lelaki tidak berkahwin disebabkan:
- 44.7 % masalah kewangan
- 19.3% tiada calon sesuai
- 12.8% kerjaya
- 6.3% komitmen keluarga
- selebihnya iaitu 16.9% adalah sebab lain.

Manakala wanita tidak berkahwin kerana:
- 40% tiada calon sesuai
- 14% masalah kewangan
- 8.4% kerjaya
- 8.4% selesa hidup membujang
- 7.4% komitmen keluarga
- selebihnya iaitu 21.8% adalah sebab lain.

Senator Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu disediakan pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan agama dan beberapa parti politik

Dipetik dari Berita Harian 8/5/2012

2 comments:

Fatin ohyeyeh said...

hmm.....semoga mereka cepat dapat jodoh dan tabah mengharungi hidup

apit said...

Tapi x blh selesai jugak kalau diri sendiri x usaha n beri kerjasama dari semua pihak termasuk pihak keluarga kedua-dua pihak yg ingin berkahwin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...