Thursday, May 3, 2012

Terbaek la Orang Malaysia

Teringat ak dalam pada kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS pada petang 1 Mei 2012. Kesesakan berlaku dalam 3km yang menyebabkan kenderaan manual terpaksa menggunakan gear 1 dan 2 sahaja. Memang lembab nak mampos la, padahal sebelum2 tu sikit pun tak sesak. Dalam hati duk kata la jugak mesti ada kemalangan kat depan, nak kata ada polis memang tak dak la sebab tengah hujan lebat.

Lebih Kurang Macam Ni La Keadaan Kereta tu.

Nak dijadikan cerita..memang ada 1 kemalangan yang ak boleh nampak ada sebijik kereta polis dan kereta yang dah remuk kat belah tayar kanan dia. Ak pun tak pasti la pa yg berlaku kat kereta tu, takkan nak pi tanya plak orang yg kemalangan tu. Tapi tengah hujan lebat jugak la masa dia kemalangan 2.

Tapi yg lagi best pasai cerita ni. Kemalangan tu x berlaku di jalan yg sedang ak lalui tu. Sebaliknya kemalangan tu berlaku di sebelah sana jalan yg menghala ke UTARA. Yg paling ak x paham asal la slow dan sesak kat sebelah sini jalan yg menghala ke SELATAN. Dkt jalan sebelah sana sikit pun tak sesak.
Tapi bak kata orang, biasa la orang MALAYSIA. Memang macam tu. Orang Malaysia suka melihat benda macam tu walaupun bukan nak tolong ke apa, kalau nak turun kereta dan tolong (yg bukan tolong tengok ye) tak pa la jugak nak bawak slow.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...